⛅🌿 Majlis Al-Quran 🌾🌼 2 Rejab 1443H Firman Allah SWT: ﷽ يُنَزِّلُ الْمَلَائِكَةَ بِالرُّوحِ مِنْ أَمْرِهِ عَلَىٰ مَن يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ أَنْ أَنذِرُوا أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاتَّقُونِ [النحل : 2] Ertinya: “Ia menurunkan malaikat membawa wahyu dengan perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya (yang layak menjadi Rasul); (lalu Ia berfirman kepada Rasul-rasul): “Hendaklah kamu menegaskan kepada umat manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Aku. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepadaku.“ (Surah An-Nahl: 2) 🌼 Keterangan Ayat: 1. Allah SWT menurunkan Malaikat ke bumi dengan membawa roh iaitu wahyu kepada Para RasulNya dengan kehendak dan perintahNya! 2. Allah SWT memerintahkan Para RasulNya supaya menyampaikan kepada manusia bahawa tiada Tuhan melainkan Dia! 3. Manusia diperintahkan supaya bertakwa kepada Allah dengan mentaati perintahNya dan menjauhi segala laranganNya! Rujukan tafsir: At-Tabari, Al-Qurtubi, Ibn Kathir dll. 🌼 Antara Petunjuk Ayat: 1. Wahyu Allah adalah r
Hide player controls
Hide resume playing