Temuramah ekslusif mengenai Asal Usul Lagu Ulek Mayang bersama penyanyi asal ulek mayang iaitu Pn. Wan Salmah Wan Sulaiman. #UlekMayang berasal dari Terengganu, satu tarian yang terkenal kerana kaitannya dengan #AlamMistik. Ulek Mayang di katakan bermula ratusan tahun dahulu. la sebenarnya sebuah mentera yang di nyanyikan untuk menghalau roh laut yang jahat. Lagenda menyatakan sekumpulan nelayan telah keluar ke laut. Di tengah laut, tiba-tiba sebuah ribut yang kuat memukul perahu mereka lalu mereka tercampak ke laut. Dalam keadaan yang cemas, laut yang masih bergelora, mereka menyerah sahaja nasib mereka. Selepas reda laut, kesemua nelayan di hanyut ke pantai. Seorang demi seorang terjaga. Hanya seorang sahaja yang tak terjaga. Mereka percaya bahawa jasadnya ada di sini tapi jiwanya terperangkap di alam lain. Mereka meminta bantuan bomoh untuk mengembalikan kawan mereka. Bomoh tersebut membaca mantera dan apabila diseru dia mendapati nelayan itu dipukau oleh Semangat Laut. Seorang puteri bunian ingin mendu
Hide player controls
Hide resume playing