Facebook : Sebelum berlakunya kedatangan Yakjuj dan Makjuj itu, Allah memerintahkan Nabi Isa untuk ke satu lokasi gunung dan Allah akan memakbulkan doa Baginda di sana. Kemudian, pergilah Nabi Isa memohon agar Allah memberikan keamanan dan menjawab persendaan orang Yahudi itu yang menyatakan bahawa mereka itu telah menyalib Nabi Isa. Maka, apabila Dajal terbunuh, maka Nabi Isa pun pergi bertemu dengan orang beriman serta Baginda pun mematahkan salib. Kemudian, pada waktu itulah, orang Yahudi pun beriman kepada Nabi Isa. Dalam sebuah hadis, diriwayatkan bahawa sewaktu Rasulullah SAW tidur di rumah Zainab, Baginda bangun daripada tidur, Baginda dalam keadaan merah mukanya dan mengucapkan, 'tiada Tuhan selain Allah' dan diulangi sebanyak tiga kali kemudian Baginda bersabda: 'Celakalah bagi kaum Arab daripada bala yang sangat hampir; pada hari ini sudah terbuka empangan Yakjuj dan Makjuj seperti ini.' Nabi Muhammad SAW pun menunjukkan sepul
Hide player controls
Hide resume playing