Myvideo

Guest

Login

Artis Tari KSP - Dabus (Dance Music Video)

Uploaded By: Myvideo
1 view
0
0 votes
0

Dabus pada asalnya bukanlah sejenis tarian tetapi ia adalah seni mempertahankan diri. Konsep dabus adalah kepahlawanan kerana ia menuntut kepintaran, ketangkasan, kepahlawanan, dan keceriaan ketika memainkannya. Dabus adalah salah satu tarian tradisional di Perak yang dapat bertahan lebih dari 300 tahun yang lalu. Walaupun negari itu menerima arus perubahan di samping pengaruh budaya barat yang pesat, tetapi hingga hari ini ia masih disukai dan dihargai oleh para pencinta seni. Lirik: Baju putih selendang putih, Baju dipakai pergi sembahyang, Allah kasih Muhammad kasih, Rasulullah terlalu sayang. Baju putih selendang putih, Baju dipakai pergi sembahyang, Allah kasih Muhammad kasih, Rasulullah terlalu sayang. Sama diharung hai duri onak dan duri, Tercapai cita tentunya dalam tentunya, Sama diharung hai duri onak dan duri, Tercapai cita tentunya dalam tentunya. Banjaran gunung merentas bumi, Kaya hasilnya kurnia limpah kurnia, Banjaran gunung merentas bumi, Kaya hasilnya kurnia limpah kurnia. Mana bestari jauhari mana jauhari, Emas dan perak pedagang bawa berdagang, Mana bestari jauhari mana jauhari, Emas dan perak pedagang bawa berdagang. Santun pekerti anak Negeri Tidakkan regang Dipegang walau dipegang Choreography by : Jefri Mokhtar Dancer:- - Zuan Azman - Nazrin Termezi - Zeyreen Hamdan - Gmie Blazin - Daus Rino Video edit: Fahmi Azizi Kumpulan Selendang Perak (KSP) adalah satu kumpulan Seni Budaya Kreatif dalam tarian dan muzik dari pelbagai jenis budaya dan genre. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1985 dibawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SUK PERAK). Untuk sebarang perkhidmatan dari kami sila hubungi 05-2095160 (Kumpulan Selendang Perak). Follow us:- Instagram : Facebook :

Share with your friends

Link:

Embed:

Video Size:

Custom size:

x

Add to Playlist:

Favorites
My Playlist
Watch Later