Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat unsur rasuah berhubung tindakan ahli politik yang melompat parti di negara ini. Jelasnya, SPRM tidak boleh membiarkan perkara itu berleluasa supaya tidak wujud gambaran negara seolah-olah tidak mempunyai undang-undang. Jelasnya, selama ini beliau cuba membersihkan pasukan dari budaya rasuah namun pemimpin politik telah membudayakan perkara itu. Abdul Hamidi turut mempersoalkan sumber diperolehi bagi seseorang ahli politik menggunakan jet peribadi. Dia bagaimanapun tidak menamakan pemimpin politik yang dimaksudkan.
Hide player controls
Hide resume playing