Warga di seluruh Palestin mensyukuri kemenangan setelah Para Penjajah mengumumkan gencatan senjata. GAZA: Israel dan dua kumpulan pejuang utama di Gaza mengumumkan gencatan senjata semalam, dalam usaha mengakhiri pertempuran ganas 11 hari. Menurut kenyataan pejabat Presiden Israel, Benjamin Netanyahu, Kabinet keselamatannya 'dengan sebulat suara' menerima cadangan yang dibuat atas inisiatif Mesir bagi gencatan senjata tanpa syarat. Kumpulan Hamas dan Islamic Jihad turut mengesahkan gencatan senjata iti dalam satu kenyataan, dengan memaklumkan ia berkuatkuasa bermula jam 2 pagi hari ini (waktu tempatan). Kenyataan pihak Israel tidak memaklumkan bila gencatan senjata akan bermula. Pertempuran terkini menyaksikan jet Israel membedil Gaza melalui serangan udara, dibalas dengan ribuan roket dari Gaza menyasarkan, susulan ketegangan yang makin memuncak selepas 10 Mei lalu. Semalam, di Rafah, selatan Gaza, wartawan AFP menyaksikan serangan ganas Israel memusnahkan bangunan dan ambulans berulang alik membawa m
Hide player controls
Hide resume playing